Saturday, February 13, 2010

Saya selalu bertanya kepada pelajar akhir tahun bila berjumpa dengan mereka samada mereka dah minta kereja ke tidak? Biasanya mereka mengatakan belum habis, macam mana nak apply kerja. Ada yang kata sibuk dengan Thesis tahun akhir, dan berbagai-bagai jawapan lagi yang mereka beri.

Seeloknya, pelajar tahun akhir mula MARKET kan diri mereka di semester pertama tahun akhir. Belajar marketkan diri. Buat resume yang betul-betul menampakkan diri anda, dan bukan yang di copy and paste dari internet atau buku-buku resume.

Jadikan resume anda diri anda. Iklan diri anda sendiri. Wujudkan ‘roh’ di dalam resume anda, dan bukan sekadar buat copy and paste tanpa dapat menjiwai resume anda.

Hadiri bengkel-bengkel motivasi untuk mendapatkan kembali diri kita yang mungkin telah hilang selama kita belajar di IPTA. Duk terlalu "sibuk" dengan projek tahun akhir, ramai yang terlupa untuk marketkan diri dan seolah-olah memberikan tuhas mencari kerja tu pada kerajaan. Kalau tak dapat kerja, salahkan kerajaan, universiti, syarikat dan sebagainya.

Kikiskan perbuatan suka menyalahkan orang lain. Cari ilmu untuk marketkan diri.

Cari Kerja

Salam. welcome to my blog.